RUMAH TERBUKA RJB EMPIRE GROUP DI PROJEK CENDAWAN TIRAM, SG TIRAM, ULU TIRAM


STATISTIK PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI MENYERTAI AKADEMI PERINTIS USAHAWAN MALAYSIA


[Statistik Pelajar Kolej/Universiti]
Statistik jumlah pelajar kolej/universiti yang menyertai Akademi Perintis Usahawan Malaysia sehingga 20 Ogos 2014.Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah..
You are the best
I am the best
We are the best.
HIJRAH SEORANG USAHAWAN YANG SUPERB & LUAR BIASA


[Penghijrahan Seorang Usahawan]
Pengakuan Ikhlas salah seorang usahawan Akademi Perintis Usahawan Malaysia - Challenge Apprentice Ahmad Noor, seorang lulusan UK dlm bidang KEJURUTERAAN. Ramai rakan rakan sekeliling saya bertanyakan kenapa saya berhenti kerja makan gaji dan memilih kerjaya sebagai seorang USAHAWAN fulltime sekarang. Keputusan yang dibuat cukup berani dan tak semua orang mampu untuk berbuat sedemikian. Tidak rasa rugi ke dengan masa belajar dahulu jauh jauh sampai ke United Kingdom, tidak rasa rugi ke skill @ pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan dalam company yang besar. Bagi saya, kita masing masing diberi pilihan. Apa yang kita inginkan dalam hidup? Happiness? Nak jadi usahawan atau berniaga tidak perlu "tunggu" perniagaan itu stabil, ia satu persepsi orang kita yang salah. Apa yang saya nampak dalam Akademi Usahawan Perintis Malaysia adalah jaminan masa depan untuk saya, isteri, anak cucu saya, peluang hebat dan potensi besar untuk move on, membina kekayaan dunia akhirat. Saya akan berasa sangat rugi jika saya tidak ambil peluang terbesar ini sekarang. Masa tidak tunggu kita. Saya yakin dan percaya saya bersama sahabat sahabat yang lain pada landasan yang betul. Kami membawa satu agenda yang sgt jelas dalam jihad ekonomi. " ceo company bawang vs apek dikerusi malas owner pernigaan tayar kereta " - siapa lagi kaya dan cipta peluang? ana tanya, ante jawab - Jom Kaya Dunia Kaya Akhirat JOM SERTAI KAMI SEKARANG!!
NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU


1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4. Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”
12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15. Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.
16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”
KONSEP PERNIAGAAN MENTOR MENTEE


Individu yang baru menceburi dunia perniagaan sebaiknya memilik seorang mentor perniagaan. Fungsi mentor sebagai ‘penunjuk arah’ selain membantu usahawan-usahawan baru mencapai matlamat dalam perniagaan merekal.
Banyak yang boleh dipelajari daripada mentor antaranya tentang asas-asas jualan, strategi pemasaran serta pengetahuan tentang produk. Kreativiti dan dorongan perlukan pemangkin dan disinilah peranan seorang mentor diperlukan.
Perkataan mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau penasihat yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.
Sementara mentee pula merujuk kepada individu yang menerima tunjuk ajar daripada seorang mentor. Mentor yang berpengalamann dan berpengetahuan luas bertindak sebagai pembimbing, rakan dan konsultan kepada mentee yang memerlukan bantuan.
Adalah penting untuk memilih mentor yang berwibawa. Ia bermaksud mentor yang memiliki pengalaman dalam bidang yang diceburinya serta memiliki ilmu yang relevan.
Dalam memastikan program atau hubungan mentor-mentee ini berjaya dilaksanakan, beberapa tindakan yang perlu diambil adalah:
i. Fahami Keperluan Memiliki Mentor
Sebagai orang baru yang menyertai bidang jualan, sama ada penyediaan atau pencarian mentor dilakukan dengan sebaiknya. Berkongsi pengalaman adalah satu tindakan bijak daripada seorang mentor kepada menteenya. Ini sudah pasti akan memberikan dorongan terbaik kepada mentee dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang diperlukan.
ii. Tetapkan Jangkaan
Penerangan daripada mentor tentang segala peranan, tanggungjawab, prosedur dan sasaran perlu dibekalkan kepada mentee dengan betul. Mentee harus jelas hala tuju dan maklumat tentang bidang yang diceburinya.
iii. Rangka Pelan Perancangan
Sebaik-baik manusia ialah yang merancang dan berusaha, setelah itu menyerahkan segala-galanya kepada yang Esa. Gunakan dan olah semula pengalaman yang pernah dilalui mentor untuk membangunkan perniagaan sendiri serta merancang perjalanan bisnes yang lebih baik.
Kehadiran mentor bukanlah semata-mata memenuhi kuota yang diperlukan tetapi sebenarnya untuk membangunkan karier jualan agar lebih cemerlang dan berjaya. Ketelusan dan keikhlasan mentor dalam memberi ilmu serta mentee sebagai penerima ilmu membuahkan hasil yang cemerlang.
iv. Wujudkan Hubungan Profesional Yang Baik Antara Mentor dan Mentee
Keakraban akan menghasilkan kerjasama dan ukhuwah yang padu. Bersahabatlah dan jalinkan hubungan profesional dengan sebaik yang mungkin agar keredaan dan ganjaran dari Allah turut bersama-sama dalam usaha meraih rezeki yang berkat.
Konsep Mentor-Mentee Zaman Rasulullah saw.
Lihat semula sirah Rasulullah di mana konsep mentor-mentee ini telah lama wujud; hanya berlainan konsep dan bidang atau tujuan. Ambil contoh hubungan Rasulullah dengan Malaikat Jibril yang telah membentuk keperibadian Rasulullah, sekaligus menjadikan baginda seorang yang cukup disegani dan dihormati bukan sahaja para sahabat tetapi juga oleh pihak lawan.
Lihatlah pula bagaimana Rasulullah telah berjaya membentuk keperibadian para sahabat baginda sehingga menjadikan mereka antara yang paling digeruni dan dihormati. Baginda amat menitikberatkan konsep jalinan ukhuwah dan silaturahim sesama para sahabat.
Tanpa adanya konsep mentor-mentee ini sudah pasti sehingga kini agama Islam tidak berkembang serta tidak dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Konsep inilah yang sepatutnya diterapkan dalam diri individu yang baru menceburi bidang jualan / perusahaan.
Mentor sebagai pendidik, pengajar, memperbetul dan menegur dengan tujuan penambahbaikkan. Jauhi sifat angkuh dan sombong serta menidakkan kebergantungan kepada mentor. Kita adalah insan yang sentiasa mempunyai kelemahan.
Setidak-tidaknya, dengan kehadiran mentor berpengalaman, akan ada yang ‘menarik’ kita semula ke landasan apabila perjalanan kita sedikit tersasar daripada haluan.
Petikan dari: http://www.majalahniaga.com/konsep-mentor-mentee-dalam-perniagaan.html