-->

Pengenalan Akademi Usahawan Perintis Malaysia


"USAHAWAN PERINTIS RJB EMPIRE"


PENGENALAN


AKADEMI USAHAWAN PERINTIS MALAYSIA merupakan sebuah ’Program Usahawan Perintis & berkonsepkan Mentor Mentee’. Ianya menjadi sebuah landasan atau ’platfom’ Mentor Mentee yang memberi fokus sepenuhnya terhadap pembangunan ekonomi golongan belia menerusi program perniagaan yang telah disusunkan bersesuaian kepada usahawan mentee yang pelbagai umur serta aktiviti yang telah dirangka demi mempertingkatkan lagi taraf ekonomi golongan belia di Negara ini. Akademi perintis yang diterajui Syarikat RJB EMPIRE GROUP Sdn Bhd bekerjasama dengan Gerak Korporat Belia 4B Malaysia dan dilantik sebagai Mentor dalam program ini; Program Usahawan Perintis Malaysia merupakan sebuah lagi inovasi yang kreatif bersesuaian dengan kumpulan sasaran iaitu golongan belia yang mempunyai minat tersendiri serta tahap motivasi yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan serta menjadi warisan yang mempunyai jaringan yang sihat dalam bidang keusahawanan. 


OBJEKTIF


Mewujudkan komuniti yang saling berhubung antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti keusahawanan; - Menyatu, menyusun dan menggembleng tenaga usahawan untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara serta bersifat Glokal dan Inovatif; - Mewujudkan unsur prihatin , mahir, dinamik sebagai teras pembangunan modal insan kelas pertama golongan usahawan dengan semangat “Yakin Boleh”; - Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli usahawan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur - Membangunkan imej diri usahawan dengan penerapan nilai-nilai positif membina watak, displin, hormat-menghormati, setia, bekerjasama, bersatu dan bersemangat patriotik; - Memperbanyakkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan keusahawanan.


                                                            ANJURAN BERSAMA






  DI SOKONG OLEH













  BIRO KORPORAT