Rumah terbuka telah diadakan di salah satu projek kami iaitu projek cendawan tiram di sg. tiram, ulu tiram. Majlis diadakan sempena menyambut hari raya aidilfitri yang tidak lama akan meninggalkan kita. Di samping itu juga sambutan hari jadi diadakan bagi menyambut hari kelahiran satu usahawan dalam akademi perintis iaitu CA RIDUWAN SUROSO yang mencecah umur 24 tahun. Majlis berlangsung sangat meriah dengan kehadiran ramai bakal-bakal usahawan yang ingin menyertai kami dalam keluarga besar usahawan kami.