-->

Assalamualaikum dan Selamat Datang

AKADEMI PERINTIS USAHAWAN MALAYSIA ditubuhkan dengan niat untuk membantu usahawan-usahawan muda atau baru yang masih terumbang-ambing dan tercari-cari formula perniagaan yang betul serta guru yang boleh membimbing mereka untuk berjaya di dalam bidang keusahawanan ini. Usahawan di Akademi Perintis Usahawan Malaysia juga akan berfungsi sebagai satu platform jaringan perniagaan yang akan menghubungkan para usahawan untuk sama-sama mengembangkan perniagaan secara perkongsian. Dengan tekad dan semangat yang tinggi, beserta sokongan dan bantuan daripada mentor-mentor hebat yang sudi untuk bekerjasama, Usahawan di Akademi Perintis Usahawan Malaysia berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan program-program menarik dengan pengisian yang berguna bagi menambah ilmu dan motivasi untuk setiap usahawan yang berminat untuk memajukan diri sendiri dan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik.

NEW 5TH APPRENTICE - APPRENTICE AMIRUL NEEZAM

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah kepada new 5th Apprentice, Amirul Neezam kerana akhirnya berjaya melengkapkan dan menyahut cabaran The APPRENTICE Akademi Perintis Usahawan Malaysia semalam. Strategi dan perancangan serta perlaksanaan sesama team/organisasi yang sangat superb, awesome dan luar biasa. Ia sangat mendebarkan untuk menantikan kelahiran Apprentice ke5. U deserved for it, very great efforts, supports and teamworks. Moga terus cemerlang dan gemilang untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat kita yang SATU. BIODATA APPRENTICE AMIRUL NEEZAM ■ Mahasiswa UTM Tahun 2 Jurusan Psikologi ■ Mencapai CGPA 4.00 setiap semester ■ Baru berusia 20 tahun, merupakan Apprentice termuda setakat ini dan mahasiswa universiti yang ke3 mencapai status Apprentice. ■ Telah melahirkan lebih daripada 40 orang usahawan dlm jaringan korporatnya, kebanyakkan terdiri daripada pelajar kolej/universiti seluruh Malaysia ■ Mencapai 9As dalam SPM dan bekas pelajar MRSM Jasin Melaka ■ Berpeluang menghadiri Kongres Ekonomi Negara Turki di Instabul selama 2 minggu pada bulan September 2014 ■ Adik beliau, CA CA Akhmal Neezam yang baru berusia 18 tahun juga telah menyertai Akademi ini dan merupakan CA termuda dan telah menjana pendapatan RM8440. ■ Beliau telah menjana pendapatan melebihi RM40K sejak menyertai Akademi ■ Seorang hafaz al-Quran dan berasal dari Sungai Petani, Kedah ■ in shaa Allah bakal dilantik Penyelaras Projek kepada anak2 syarikat RJB EMPIRE GROUP ■ Berpeluang berkongsi keuntungan syarikat setiap 6 bulan ■ Bakal menerima elaun tetap sebagai seorang Apprentice ■ Bakal menerima insentif mengerjakan Umrah bersama mentor, Dr Mohd Azhar Abd Razak dan Dr Juwita Jobil. Tahniah kepada leaders beliau yang sangat superb iaitu Apprentice Azroque Hashim, Apprentice Azizi Jr. dan Apprentice Haslina LM. Kalau Apprentice Amirul boleh, saya yakin anda semua juga boleh. SUSAH tapi BOLEH! YES! YES! YES! Jom BERANI jadi Usahawan.