NEW 5TH APPRENTICE - APPRENTICE AMIRUL NEEZAM


Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Tahniah kepada new 5th Apprentice, Amirul Neezam kerana akhirnya berjaya melengkapkan dan menyahut cabaran The APPRENTICE Akademi Perintis Usahawan Malaysia semalam. Strategi dan perancangan serta perlaksanaan sesama team/organisasi yang sangat superb, awesome dan luar biasa.
Ia sangat mendebarkan untuk menantikan kelahiran Apprentice ke5. U deserved for it, very great efforts, supports and teamworks.
Moga terus cemerlang dan gemilang untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat kita yang SATU.
BIODATA APPRENTICE AMIRUL NEEZAM
■ Mahasiswa UTM Tahun 2 Jurusan Psikologi
■ Mencapai CGPA 4.00 setiap semester
■ Baru berusia 20 tahun, merupakan Apprentice termuda setakat ini dan mahasiswa universiti yang ke3 mencapai status Apprentice.
■ Telah melahirkan lebih daripada 40 orang usahawan dlm jaringan korporatnya, kebanyakkan terdiri daripada pelajar kolej/universiti seluruh Malaysia
■ Mencapai 9As dalam SPM dan bekas pelajar MRSM Jasin Melaka
■ Berpeluang menghadiri Kongres Ekonomi Negara Turki di Instabul selama 2 minggu pada bulan September 2014
■ Adik beliau, CA CA Akhmal Neezam yang baru berusia 18 tahun juga telah menyertai Akademi ini dan merupakan CA termuda dan telah menjana pendapatan RM8440.
■ Beliau telah menjana pendapatan melebihi RM40K sejak menyertai Akademi
■ Seorang hafaz al-Quran dan berasal dari Sungai Petani, Kedah
■ in shaa Allah bakal dilantik Penyelaras Projek kepada anak2 syarikat RJB EMPIRE GROUP
■ Berpeluang berkongsi keuntungan syarikat setiap 6 bulan
■ Bakal menerima elaun tetap sebagai seorang Apprentice
■ Bakal menerima insentif mengerjakan Umrah bersama mentor, Dr Mohd Azhar Abd Razak dan Dr Juwita Jobil.
Tahniah kepada leaders beliau yang sangat superb iaitu Apprentice Azroque Hashim, Apprentice Azizi Jr. dan Apprentice Haslina LM.
Kalau Apprentice Amirul boleh, saya yakin anda semua juga boleh.
SUSAH tapi BOLEH!
YES! YES! YES!
Jom BERANI jadi Usahawan.
RUMAH TERBUKA RJB EMPIRE GROUP DI PROJEK CENDAWAN TIRAM, SG TIRAM, ULU TIRAM


Rumah Terbuka
Rumah terbuka telah diadakan di salah satu projek kami iaitu projek cendawan tiram di sg. tiram, ulu tiram. Majlis diadakan sempena menyambut hari raya aidilfitri yang tidak lama akan meninggalkan kita. Di samping itu juga sambutan hari jadi diadakan bagi menyambut hari kelahiran satu usahawan dalam akademi perintis iaitu CA RIDUWAN SUROSO yang mencecah umur 24 tahun. Majlis berlangsung sangat meriah dengan kehadiran ramai bakal-bakal usahawan yang ingin menyertai kami dalam keluarga besar usahawan kami.STATISTIK PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI MENYERTAI AKADEMI PERINTIS USAHAWAN MALAYSIA


[Statistik Pelajar Kolej/Universiti]
Statistik jumlah pelajar kolej/universiti yang menyertai Akademi Perintis Usahawan Malaysia sehingga 20 Ogos 2014.Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah..
You are the best
I am the best
We are the best.
HIJRAH SEORANG USAHAWAN YANG SUPERB & LUAR BIASA


[Penghijrahan Seorang Usahawan]
Pengakuan Ikhlas salah seorang usahawan Akademi Perintis Usahawan Malaysia - Challenge Apprentice Ahmad Noor, seorang lulusan UK dlm bidang KEJURUTERAAN. Ramai rakan rakan sekeliling saya bertanyakan kenapa saya berhenti kerja makan gaji dan memilih kerjaya sebagai seorang USAHAWAN fulltime sekarang. Keputusan yang dibuat cukup berani dan tak semua orang mampu untuk berbuat sedemikian. Tidak rasa rugi ke dengan masa belajar dahulu jauh jauh sampai ke United Kingdom, tidak rasa rugi ke skill @ pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan dalam company yang besar. Bagi saya, kita masing masing diberi pilihan. Apa yang kita inginkan dalam hidup? Happiness? Nak jadi usahawan atau berniaga tidak perlu "tunggu" perniagaan itu stabil, ia satu persepsi orang kita yang salah. Apa yang saya nampak dalam Akademi Usahawan Perintis Malaysia adalah jaminan masa depan untuk saya, isteri, anak cucu saya, peluang hebat dan potensi besar untuk move on, membina kekayaan dunia akhirat. Saya akan berasa sangat rugi jika saya tidak ambil peluang terbesar ini sekarang. Masa tidak tunggu kita. Saya yakin dan percaya saya bersama sahabat sahabat yang lain pada landasan yang betul. Kami membawa satu agenda yang sgt jelas dalam jihad ekonomi. " ceo company bawang vs apek dikerusi malas owner pernigaan tayar kereta " - siapa lagi kaya dan cipta peluang? ana tanya, ante jawab - Jom Kaya Dunia Kaya Akhirat JOM SERTAI KAMI SEKARANG!!
NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU


1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4. Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”
12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15. Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.
16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”
KONSEP PERNIAGAAN MENTOR MENTEE


Individu yang baru menceburi dunia perniagaan sebaiknya memilik seorang mentor perniagaan. Fungsi mentor sebagai ‘penunjuk arah’ selain membantu usahawan-usahawan baru mencapai matlamat dalam perniagaan merekal.
Banyak yang boleh dipelajari daripada mentor antaranya tentang asas-asas jualan, strategi pemasaran serta pengetahuan tentang produk. Kreativiti dan dorongan perlukan pemangkin dan disinilah peranan seorang mentor diperlukan.
Perkataan mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau penasihat yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.
Sementara mentee pula merujuk kepada individu yang menerima tunjuk ajar daripada seorang mentor. Mentor yang berpengalamann dan berpengetahuan luas bertindak sebagai pembimbing, rakan dan konsultan kepada mentee yang memerlukan bantuan.
Adalah penting untuk memilih mentor yang berwibawa. Ia bermaksud mentor yang memiliki pengalaman dalam bidang yang diceburinya serta memiliki ilmu yang relevan.
Dalam memastikan program atau hubungan mentor-mentee ini berjaya dilaksanakan, beberapa tindakan yang perlu diambil adalah:
i. Fahami Keperluan Memiliki Mentor
Sebagai orang baru yang menyertai bidang jualan, sama ada penyediaan atau pencarian mentor dilakukan dengan sebaiknya. Berkongsi pengalaman adalah satu tindakan bijak daripada seorang mentor kepada menteenya. Ini sudah pasti akan memberikan dorongan terbaik kepada mentee dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang diperlukan.
ii. Tetapkan Jangkaan
Penerangan daripada mentor tentang segala peranan, tanggungjawab, prosedur dan sasaran perlu dibekalkan kepada mentee dengan betul. Mentee harus jelas hala tuju dan maklumat tentang bidang yang diceburinya.
iii. Rangka Pelan Perancangan
Sebaik-baik manusia ialah yang merancang dan berusaha, setelah itu menyerahkan segala-galanya kepada yang Esa. Gunakan dan olah semula pengalaman yang pernah dilalui mentor untuk membangunkan perniagaan sendiri serta merancang perjalanan bisnes yang lebih baik.
Kehadiran mentor bukanlah semata-mata memenuhi kuota yang diperlukan tetapi sebenarnya untuk membangunkan karier jualan agar lebih cemerlang dan berjaya. Ketelusan dan keikhlasan mentor dalam memberi ilmu serta mentee sebagai penerima ilmu membuahkan hasil yang cemerlang.
iv. Wujudkan Hubungan Profesional Yang Baik Antara Mentor dan Mentee
Keakraban akan menghasilkan kerjasama dan ukhuwah yang padu. Bersahabatlah dan jalinkan hubungan profesional dengan sebaik yang mungkin agar keredaan dan ganjaran dari Allah turut bersama-sama dalam usaha meraih rezeki yang berkat.
Konsep Mentor-Mentee Zaman Rasulullah saw.
Lihat semula sirah Rasulullah di mana konsep mentor-mentee ini telah lama wujud; hanya berlainan konsep dan bidang atau tujuan. Ambil contoh hubungan Rasulullah dengan Malaikat Jibril yang telah membentuk keperibadian Rasulullah, sekaligus menjadikan baginda seorang yang cukup disegani dan dihormati bukan sahaja para sahabat tetapi juga oleh pihak lawan.
Lihatlah pula bagaimana Rasulullah telah berjaya membentuk keperibadian para sahabat baginda sehingga menjadikan mereka antara yang paling digeruni dan dihormati. Baginda amat menitikberatkan konsep jalinan ukhuwah dan silaturahim sesama para sahabat.
Tanpa adanya konsep mentor-mentee ini sudah pasti sehingga kini agama Islam tidak berkembang serta tidak dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Konsep inilah yang sepatutnya diterapkan dalam diri individu yang baru menceburi bidang jualan / perusahaan.
Mentor sebagai pendidik, pengajar, memperbetul dan menegur dengan tujuan penambahbaikkan. Jauhi sifat angkuh dan sombong serta menidakkan kebergantungan kepada mentor. Kita adalah insan yang sentiasa mempunyai kelemahan.
Setidak-tidaknya, dengan kehadiran mentor berpengalaman, akan ada yang ‘menarik’ kita semula ke landasan apabila perjalanan kita sedikit tersasar daripada haluan.
Petikan dari: http://www.majalahniaga.com/konsep-mentor-mentee-dalam-perniagaan.html
KENAPA KITA PERLU MENJADI KAYA??


Sebelum saya kongsikan sebabnya, saya suka kategorikan orang yang memiliki kekayaan melalui 3 cara;
1) Warisan keluarga.
2) Nasib.
3) Usaha diri sendiri.
Golongan (1) dan (2) akan berasa takut kehilangan harta kekayaan yang dimilikinya kerana mereka tiada ILMU dan PENGALAMAN untuk mencipta kembali kekayaan itu. Berbeza dengan golongan (3), mereka tidak takut kerana mereka memiliki Ilmu dan pengalaman. Donald Trump pernah BERHUTANG BILLIONS USD dan ratusan bank mahu menyamannya ketika zaman kejatuhannya. Tapi hari ni beliau kembali bangkit dan mencipta nama di dunia. Hebat bukan? Ramai billionaire di dunia ini tapi sayangnya berapa ramai antaranya adalah ISLAM?
Kenapa kita perlu jadi KAYA? Kita jadi kaya bukan untuk diri kita sahaja. Kita ada tanggungjawab kepada saudara Islam kita yang lain. Untuk mencapai ULTIMATE GOAL kita iaitu Syurga Allah haruslah menjaga 2 hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Takkan kita mahu lihat saja saudara Islam kita susah. Bisnes ini Sunnah Rasulullah. 6 drpd sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga adalah ahli perniagaan.
Bila kita kaya maksudnya kaya yang beriman. Banyak perkara kita boleh buat. Sedekah, zakat, waqaf, tolong pelajar miskin yg nak masuk universiti, bina masjid, anak2 yatim dan banyak lagi. Duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit. Kita Fokus kpd ruang lingkup kecil. Nak tunaikan umrah/haji pun nak kena ada duit. Berapa banyak kita sedekahkan di Masjid. Berapa banyak kita sedekahkan untuk saudara kita di Gaza. Tepuk dada tanya iman diri sendiri.
Berapa banyak kes jenayah, penceraian dan murtad yang berlaku adalah berpunca daripada kesempitan hidup dan masalah kewangan. Cuba kita lihat, penerima BR1M 3.0 berjumlah 7.9 juta orang. Ramai kan. Bangsa mana yang tinggal di rumah2 flat atau apartment? Bangsa mana ramai yang menganggur? Bangsa mana yang jauh ketinggalan dalam banyak perkara? Bangsa mana yang banyak terlibat dlm kes2 jenayah?
Kita mesti berfikiran positif dan terbuka.. Bila kita kaya..kita mesti bersyukur dan menyumbang sebanyak yang mungkin. Bila kita kaya, kita boleh bantu saudara Islam yang lain dengan menyediakan peluang pekerjaan dengan bisnes yang kita wujudkan. Tangan di atas lebih baik daripda tangan yang dibawah. Kita mesti ingat bahawa apabila matinya anak Adam, 3 perkara yang akan dibawa bersama2 iaitu doa anak yg soleh/solehah, ilmu yang bermanafaat dan amal jariah.. jom audit diri kita. Layakkah kita masuk ke syurga Allah. So, kita mesti ubah mindset kita, buka minda kita.. fikir masak2 kenapa Islam menggalakkan kita kaya dan berjaya. Bila ramai org Islam kaya raya, maka banyaklah zakat boleh dikeluarkan. Kita tentukan kita nak jadi yang mana satu.
- Apprentice Azizi-
PERINTIS USAHAWAN PERTAMA DI SARAWAK


Alhamdulillah, perintis atau wakil pertama kami di Sarawak akhirnya berjaya dilahirkan hari ini.
Tahniah kepada new Protege Saberi dari Kota Samarahan, Sarawak yang telah mengambil keputusan yang bijak, tepat dan cepat untuk menyertai Akademi Usahawan Perintis Malaysia.
Tahniah kepada new Protege Saberi dari Kota Samarahan, Sarawak yang telah mengambil keputusan yang bijak, tepat dan cepat untuk menyertai Akademi Usahawan Perintis Malaysia.
Kami yakin kita mampu dan sedaya upaya membantu belia-belia Sarawak berjaya dalam bidang keusahawanan seterusnya dapat mengubah nasib hidup dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Kami doakan protege saberi berjaya dan kaya dunia kaya akhirat bersama dengan kami.
You are the best!
I am the best!
We are the best!
Gambar di atas menunjukkan Apprentice Ir Malique membentangkan PPU kepada Protege Saberi di Kuala Lumpur sebelum beliau menyertai Akademi Usahawan ini.
TESTIMONI USAHAWAN PROTEGE


KEGAGALAN! ASET YANG TIDAK TERNILAI
Pengalaman gagal dalam perniagaan adalah suatu yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan kita termasuk saya sendiri. Sesungguhnya kegagalan itu menyebabkan saya hilang keyakinan diri, berputus asa, rendah diri dan hilang semangat untuk terus berusaha pada satu ketika. Manakan tidak, memikirkan hutang yang mencecah lebih 1/2 juta ringgit terpaksa ditanggung akibat kegagalan dalam perniagaan adalah suatu yang sukar untuk diterima. Saya pernah cuba bangkit dari kegagalan tersebut. Namun disebabkan kesukaran hidup tanpa sumber pendapatan, tanpa sokongan, tanpa ilmu menyebabkan kebangkitan itu seperti mustahil. Ini menyebabkan saya diishtiharkan muflis pada tahun 2014. Tetapi Allah itu maha penyayang. Saya diberi peluang untuk cuba bangkit sekali lagi. Diberi kekuatan selepas kegagalan demi kegagalan untuk terus berusaha demi sebuah kejayaan yang diimpikan.
Titik perubahan bermula apabila hati saya terdetik pada satu ketika untuk mengetahui aktiviti keusahawan dan perniagaan seorang rakan iaitu Ch Apprentice Mohammad Riduwan. Saya tertarik dengan nama yang digunakan beliau dalam Facebook, yang menyebabkan saya terasa ingin tahu. Beliau tidak pernah bercerita tentang perniagaan yang dijalankan walaupun saya selalu berjumpa dengan beliau di makmal pengajian. Saya cuba mencari-cari apa yang beliau lakukan melalui kawan terdekat. Namun tidak seorang tahu secara spesifik apa yang beliau usahakan. Apabila dicari dan diselidik, Alhamdulillah rupanya inilah peluang yang saya cari selama ini. Peluang dan jalan untuk saya bangkit dari kegagalan. Bangkit kali ini diiringi dengan ilmu, sokongan dan bimbingan.
Alhamdulillah saya mendapat kekuatan untuk menyertai satu program yang dipanggil Program Usahawan Mentor Mentee (kini dikenali sebagai Akademi Perintis Usahawan Malaysia), program yang mengamalkan konsep M.E.S.T.I. (MENTOR . ELMU . SISTEM . TINDAKAN. IMPIAN) setelah bertemu dengan salah seorang mentor iaitu Dr Mohd Azhar Abd Razak yang juga pernah gagal dan berjaya bangkit. Di sinilah timbulnya kekuatan dan jalan saya untuk bangkit. Saya perlu belajar dari mentor ini bagaimana untuk bangkit semula. Program yang menekankan Jihad Ekonomi untuk kejayaan dunia dan akhirat. Perniagaan bukan sahaja untuk keuntungan duniawi sahaja namun dilakukan juga demi keuntungan di akhirat. Transformasi niat dilakukan, di mana berniaga bukan semata-mata kerana wang, tetapi lebih kepada niat membantu memperkasa ekonomi Muslim supaya Muslim itu kuat, supaya Muslim itu tidak ditindas, supaya Muslim itu bersatu, dan supaya Muslim menjadi hebat dalam menegakkan syiar Islam.
Perniagaan itu sunnah nabi, kenapa kita melarikan diri daripada sunnah. InsyaAllah melaksanakan sunnah itu suatu amalan yang bukan sahaja memberi keuntungan di dunia namun menyumbang pahala untuk bekalan akhirat juga. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata untuk berjihad dalam peperangan, namun saya yakin semua Muslim mampu berjihad dalam mengangkat ekonominya dan ekonomi saudaranya. Pertama kali menghadiri satu seminar bersama Mentor, beliau mengajar semua usahawan supaya suka kepada KEGAGALAN. Pelikkan...? Tapi sebenarnya dengan kegagalan kita menjadi kuat, kita menjadi lebih matang, kita menjadi lebih berpengalaman, menjadikan kita lebih bersedia dan menjadikan kita lebih berusaha.
Ramai orang cakap kegagalan itu satu batu loncatan untuk berjaya. Tapi amat jarang sekali orang yang menceritakan bagaimana kita boleh gunakan kegagalan itu untuk bangkit dan berjaya. Di sini jugalah saya belajar bagaimana kita boleh menjadikan KEGAGALAN SEBAGAI SATU ASET yang paling utama, yang paling bernilai, yang boleh kita gunakan untuk bangkit dan berjaya. Inilah satu aset paling mahal dan paling penting yang saya miliki yang tidak dimiliki oleh orang lain. Banyak yang saya pelajari dalam program ini walaupun baru dua minggu bersamanya. Mentor-mentor hebat Apprentice Ir Abdul Malek (Personal Coach terbaik yang pernah saya jumpa), Apprentice Lin Mayu, Dr Ashuwad Burn, Dr Juwita Jobil dan lain-lain yang berdedikasi dan ikhlas adalah suatu yang sangat saya hargai. Tidak pernah timbul rasa jemu dan tidak pernah sekali-kali membiarkan saya terbiar keseorangan. Tidak pernah saya terlibat dengan mana-mana program sebelum ini yang mana saya berpeluang berjumpa orang-orang hebat ini secara personal. Hanya di dalam Program Usahawan Mentor Mentee ini saya mampu berbicara dan berkongsi pengalaman dengan semua mentor-mentor hebat ini. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang satu bulan dari tarikh saya mengenal program ini sehingga kini. Sokongan dan dorongan sentiasa diterapkan dalam menjayakan semua usahawan.
Di samping ilmu keusahawanan yang menyeluruh, semua usahawan diterapkan dengan nilai murni supaya sentiasa berkerjasama dalam kumpulan secara berjemaah, saling menyokong di antara satu sama lain. Bakinya terletak pada usahawan itu untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa. Saya percaya ramai orang seperti saya. Mungkin bentuk kegagalan itu berbeza. Saya telah alami betapa sukarnya untuk bangkit tanpa ilmu dan bimbingan. Oleh yang demikian saya menyeru bangkitlah saudara-saudara ku, berusahalah, kerana kegagalan itu adalah batu loncatan kepada kejayaan. Carilah guru atau mentor yang ikhlas dan berdedikasi sepertimana menyor-mentor yang saya temui. InsyaAllah kita akan berjaya suatu hari nanti. Walaupun masih banyak yang perlu dipelajari dan dipraktikkan, namun saya yakin kejayaan itu sudah berada di depan saya. Cuma masa menikmatinya memerlukan saya untuk terus berusaha. Jangan berputus asa, kerana sekali berputus asa kita akan gagal selamanya.
Oleh yang demikian sebagaimana mentor-mentor apprentice saya dengan penuh semangat dan dedikasi membantu saya untuk bangkit, maka saya juga berniat akan mendedikasikan diri saya untuk membantu seramai mungkin saudara Muslim saya untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan bersedia dengan bekalan akhirat. INILAH JIHAD SAYA. Ya Allah, berikan segala yang terbaik untuk ku, yang terbaik untuk keluarga ku, yang terbaik untuk mentor-mentor ku, yang terbaik untuk rakan-rakan usahawan ku, yang terbaik untuk sahabat-sahabat ku dan yang terbaik untuk saudara muslim ku demi kebaikan Agama dan syiar Islam. Jadikan kami di kalangan orang yang berada di jalan yang benar, dan di kalangan orang yang sentiasa diberkati Mu. Tunjukkan kami ke jalan yang diredhaiMu. Kuatkan semangat kami dalam perjuangan jihad kami. Berikanlah ganjaran yang sebesar-besar ganjaran atas jihad kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada saudara kami yang sedang mengangkat senjata berjuang, di Palestin, di Syria dan di seluruh pelusuk dunia dalam menegakkan Islam. Sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha mengasihani, dan sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. INILAH JIHAD KAMI DALAM MENCARI KEREDHAAN MU. Semoga Allah memberi segala kekuatan dalam diri saya untuk membantu semua yang memerlukan bantuan saya.
SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PEJABAT BARU ODC DELUXE


Syarikat ODC Deluxe yang telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama sama Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia sedikit masa dulu hari ini telah merasmikan pejabat baru mereka di plaza Empire SOHO.Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Presiden Gerakan Belia 4B bersama sama dengan barisan Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B Kebangsaan.
Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Sdr Abdul Rizam (Pengerusi Gerak Korporat), Sdr Ahmad Zakir (S/U Gerak Korporat) Sdr Shaihuddin (Peng.GB4B Selangor), Sdr Fuad Zainoldin (Majlis Kerja Tertinggi GB4B).Turut berada di Majlis Perasmian ini ialah kumpulan sukarelawan Aman Gaza yang hadir untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa mansa perang di Palestin.
ODC Deluxe telah diangkat sebagai Mentor dalam program Mentor Mentee Gerak Korporat GB4B Malaysia untuk melahirkan usahawan usahawan muda dibawah naungan syarikat ODC Deluxe.CEO syarikat ODC Deluxe, En Azhar Abd Razak dalam ucapan aluan perasmian berkata, beliau merasa amat teruja apabila Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan telah sanggup meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perasmian ini. Beliau mengakui bahawa selepas jatuh dalam bidang perniagaan, beliau telah dinaikkan semula oleh Gerakan Belia 4B.
Pada peringkat awal beliau hanya mempunyai modal sebanyak RM 5 ribu ringgit dan beliau telah menggunakan platform Belia 4B sebagai landasan untuk beliau naik ke atas dan berjaya pada hari ini. En Azhar juga berkata, produk yang menggunakan bahan asas dari minyak kelapa dara, beliau merasa amat bangga dengan produk yang menggunakan Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya adalah penggunaan nenek moyang kita dahulu dan kini ianya dikenali hingga ke luar negara setanding dengan produk produk yang sudah terkenal diseluruh dunia.
Beliau juga berkata bahawa disepanjang lebuhraya utara selatan terdapat hampir sepuluh papan iklan mentor mentor yang tertera logo Rakan4Biz.Beliau berkata ODC Deluxe perlu untuk menaikkan semangat secara berterusan kepada Mentee untuk kesinambungan usahawan usahawan ODC Deluxe dan beliau berdoa agar ODC Deluxe akan terus mendapat rahmat dari Allah dan lebih berjaya.
Pada peringkat awal beliau hanya mempunyai modal sebanyak RM 5 ribu ringgit dan beliau telah menggunakan platform Belia 4B sebagai landasan untuk beliau naik ke atas dan berjaya pada hari ini. En Azhar juga berkata, produk yang menggunakan bahan asas dari minyak kelapa dara, beliau merasa amat bangga dengan produk yang menggunakan Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya adalah penggunaan nenek moyang kita dahulu dan kini ianya dikenali hingga ke luar negara setanding dengan produk produk yang sudah terkenal diseluruh dunia.
Beliau juga berkata bahawa disepanjang lebuhraya utara selatan terdapat hampir sepuluh papan iklan mentor mentor yang tertera logo Rakan4Biz.Beliau berkata ODC Deluxe perlu untuk menaikkan semangat secara berterusan kepada Mentee untuk kesinambungan usahawan usahawan ODC Deluxe dan beliau berdoa agar ODC Deluxe akan terus mendapat rahmat dari Allah dan lebih berjaya.
Beliau juga menyebut bahawa ODC Deluxe telah berjaya mewujudkan usahawan usahawan muda melalui program Mentor Mentee ini.
En Azhar berkata lagi bahawa beliau amat menghormati Gerakan Belia 4B sebagai wadah perjuangan bagi belia belia melayu. Pengerusi Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia dalam ucapan aluan beliau pula mengatakan bahawa Gerak Korporat memilih syarikat mana untuk menjadi Mentor bagi golongan belia, dan beliau berasa bangga dengan pencapaian ODC Deluxe yang mana telah banyak membantu menaikkan nama Gerakan Belia 4B.
Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan, Sdr Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin berkata beliau amat bersemangat dengan slogan ODC Deluxe 'you are the best, I'm the best, we are the best'.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Rakan4Biz dan juga syarikat ODC Deluxe yang telah berjaya dalam menjadi mentor yang amat berjaya. Beliau juga merasa bangga dengan kejayaan ODC Deluxe yang kini mampu mempunyai sebuah pejabat di kawasan yang boleh dianggap mewah dan strategik.Saudara presiden juga mengharapkan supaya rakan rakan belia menjemput seberapa ramai ahli belia untuk menceburi bidang perniagaan bersama sama ODC Deluxe dan mentor mentor lain.Beliau mengingatkan supaya belia belia dan ODC Deluxe supaya tidak lari dari niat asal dan berpegang kepada niat tersebut.
Presiden juga memberi cabaran kepada syarikat ODC Deluxe untuk terus mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim beliau merasmikan pejabat ODC Deluxe. Sebelum kesemua jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan, video perkembangan syarikat ini telah diputarkan untuk tontonan para jemputan.Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih diatas penghormatan yang diberikan kepada Presiden kami sdr Mua'amar Ghadafi. "Bergerak..Bergerak..Bergerak"
Petikan dari:http://gb4bmalaysia-gb4bmalaysia.blogspot.com/2012/11/sekitar-majlis-perasmian-pejabat-baru.html
INTENSIF USAHAWAN JIHAD EKONOMI PART 2


Seramai 30 usahawan Program Usahawan Mentor Mentee seluruh negara TERPILIH menyertai Intensif Usahawan Jihad Ekonomi di Intekma Resort Shah Alam pada 12 - 13 Julai 2014 yang bertujuan untuk melahirkan usahawan Islam yang hebat, luar biasa dan kaya dunia kaya akhirat. Ramai jutawan2 hebat bakal dilahirkan. Mereka adalah insan bertuah yang menjadi first batch.
INTENSIF USAHAWAN JIHAD EKONOMI PART 1


Seramai 30 usahawan Program Usahawan Mentor Mentee seluruh negara TERPILIH menyertai Intensif Usahawan Jihad Ekonomi di Intekma Resort Shah Alam pada 12 - 13 Julai 2014 yang bertujuan untuk melahirkan usahawan Islam yang hebat, luar biasa dan kaya dunia kaya akhirat. Ramai jutawan2 hebat bakal dilahirkan. Mereka adalah insan bertuah yang menjadi first batch.
Usahawan-usahawan terpilih adalah seperti berikut:
APPRENTICE
1. Ir Abdul Malek - Negeri Sembilan
2. Noor Haslina @ Lin - Negeri Sembilan
3. Mohd Azraq UTM - Johor
4. Mohd Azizi UTM - Johor
5. Ramlah - Negeri Sembilan
CHALLENGE APPRENTICE
1. Ahmad Noor - Johor
2. Syahran Azhar - Selangor
3. Amirul Neezam - Johor
4. Riduwan - Johor
5. Syazwan - Selangor
6. Syahira - Selangor
7. Mahani - Selangor
8. Syuriamaya - Selangor
PROTEGE
1. Asyraf Rosli - Johor
2. Akhmal Neezam - Pahang
3. Siqit Wahyudi - Johor
4. Che Faizul - Selangor
5. Udin - Selangor
6. Fawaz Ali - Johor'
7. Shahida - Selangor
8. Norashikin - Negeri Sembilan
9. Norliana - Johor
10. Suraini - Selangor
11. Radiesa - Johor
12. Nur Shakira - Johor
13. Mahani - Terengganu
14. Nur Qistina - Johor
15. Nurhanis - Selangor
16. Sabrina - Selangor
17. Nurhafizah - Negeri Sembilan
MODUL 1: JIHAD EKONOMI DAN BUSINESS MINDSET
SPEAKER: APPRENTICE AZRAQ UTM
ALL THE BEST
PENCARIAN "THE APPRENTICE MUSLIM MALAYSIA"


Minat jadi usahawan?
Nak jana pendapatan kedua?
Nak bebas masa dan bebas wang?
Kerja dah bertahun-tahun, duit tak cukup2 juga?
Duit gaji habis banyak hutang sahaja?
Graduan yang masih menganggur?
Pelajar kolej/universiti yang ingin berjaya sbg usahawan?
JOM SERTAI PROGRAM USAHAWAN TERBAIK di Malaysia anjuran kami kerana program kami ada banyak keistimewaannya dan lain daripada yang lain, antaranya:
1. Mempunyai MoU dgn Rakan4BIZ daripada Gerakan Korporat Belia 4B Malaysia, anjuran bersama dengan Majlis Belia Malaysia
2. Program kami disokong oleh banyak badan2 NGO dan kerajaan, antaranya TEKUN, SME, Majlis Belia Selangor, MITI, TERAJU, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
3. Mempunyai ramai mentor bisnes yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan konvensional dan networking
4. Kami telah melantik Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan juga bekas Presiden Johor Corporation sbg Mentor Eksekutif.
5. Usahawan akan disediakan dan diberikan Modul2 Pembangunan Usahawan yang hebat
6. Dapat belajar dan didedahkan ilmu keusahawanan/perniagaan secara praktikal secara PERCUMA
7. Mempunyai banyak cabang pendapatan di mana kami menggalakkan usahawan mendaftarkan syarikat dan membuka akaun syarikat. Semuanya akan diajar secara PERCUMA.
8. Berpeluang bersama dengan tokoh2 usahawan Melayu yang hebat dan berjaya. Setakat ini, kami telah menjemput Muqarrabin, anak Melayu pertama mendaki Gunung Everest, En Sukur Ibrahim, usahawan OKU yang berjaya, Datin Sharifah yang mempunyai hub logistik di Dubai dan Tan Sri Muhammad Ali Hashim untuk sesi IKON SHARING. Ramai lagi tokoh2 usahawan yang akan kami jemput.
9. Mempunyai SISTEM yang mudah, berkesan dan terbukti berjaya.
10. Kami akan menekankan dan mengukuhkan asas2 keusahawanan/perniagaan di mana setiap usahawan akan melalui cabaran The Apprentice Belia Malaysia. Bila berjaya bergelar Apprentice, mereka akan berpeluang dilantik sebagai Penyelaras Projek (CEO) kepada projek2 yang sedang dijalankan dan akan dijalannkan yg terdiri daripada pelbagai industri, antaranya kesihatan, perkhidmatan, pertanian, pelancongan dan sebagainya.
JOM SERTAI KAMI SEKARANG!
LATAR BELAKANG SYARIKAT


ODC Deluxe merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera. ODC memulakan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang mengedar produk minyak kelapa dara dibawah jenama OASIS, the nature secrets secara kecil-kecilan. Kemudian, selepas beberapa bulan, ODC telah ditawarkan oleh Belia 4B Malaysia untuk bergabung bagi melatih golongan usahawan belia dibawah satu pembangunan usahawan. Bertitik tolak daripada itu, selang beberapa bulan kemudian iaitu 3 April 2012, syarikat ODC Deluxe telah dipilih menjadi syarikat mentor di bawah Program Usahawan Mentor Mentee Rakan4Biz, Belia 4B Malaysia. Program ini merupakan program yang mendapat sokongan penuh dari Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Oleh itu, ODC telah mengembangkan sayap perniagaan berteraskan pelbagai modul yang menarik belia untuk menyertai Program Usahawan Mentor Mentee selain dari terus mengedarkan produk utama syarikat iaitu OASIS kerana permintaan yang memberansangkan. Paling mendapat perhatian adalah modul-modul bimbingan keusahawanan, penganjuran pelbagai aktiviti belia serta turut menyediakan platform untuk belia membina jaringan korporat usahawan.
ODC SASAR TINGKAT PENGELUARAN


Pengedar minyak kelapa dara jenama Oasis di bawah kelolaan syarikat ODC Deluxe (M) Sdn Bhd optimis pengeluaran meningkat sehingga satu juta botol sepanjang tahun ini.
Pengarah Urusannya, Juwita Mohd Jobil berkata, menerapkan konsep ejen dan stokis, purata jualan setiap minggu mencecah sehingga 1,000 botol di seluruh Malaysia.
Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan produk itu melalui ejen dan stokis terlantik sekitar Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Lembah Klang. “Dijual dengan dua perisa, Asli dan Anggur Hitam, ia bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia malah pelancong asing. Tetapi, kekangan dihadapi adalah mendapatkan produk di negara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, tidak menggunakan sebarang bahan peluntur dan haba menjadikan ketahanan jangka hayat produk itu mencecah sehingga tiga tahun. Katanya lagi, Eropah menjadi negara pertama yang akan ditembusi dalam masa tiga tahun akan datang memandangkan masyarakat di sana mengetahui khasiat produk ini. “Walaupun tidak dikenali ramai, tetapi kami berhasrat setiap rumah mempunyai produk ini dalam tempoh lima tahun berikutan ia mempunyai pelbagai khasiat,” katanya.
Petikan dari sinar harian:- http://www.sinarharian.com.my/bisnes/odc-sasar-tingkat-pengeluaran-1.39316
Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan produk itu melalui ejen dan stokis terlantik sekitar Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Lembah Klang. “Dijual dengan dua perisa, Asli dan Anggur Hitam, ia bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia malah pelancong asing. Tetapi, kekangan dihadapi adalah mendapatkan produk di negara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, tidak menggunakan sebarang bahan peluntur dan haba menjadikan ketahanan jangka hayat produk itu mencecah sehingga tiga tahun. Katanya lagi, Eropah menjadi negara pertama yang akan ditembusi dalam masa tiga tahun akan datang memandangkan masyarakat di sana mengetahui khasiat produk ini. “Walaupun tidak dikenali ramai, tetapi kami berhasrat setiap rumah mempunyai produk ini dalam tempoh lima tahun berikutan ia mempunyai pelbagai khasiat,” katanya.