-->

ODC SASAR TINGKAT PENGELUARAN

Pengedar minyak kelapa dara jenama Oasis di bawah kelolaan syarikat ODC Deluxe (M) Sdn Bhd optimis pengeluaran meningkat sehingga satu juta botol sepanjang tahun ini. Pengarah Urusannya, Juwita Mohd Jobil berkata, menerapkan konsep ejen dan stokis, purata jualan setiap minggu mencecah sehingga 1,000 botol di seluruh Malaysia.

Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan produk itu melalui ejen dan stokis terlantik sekitar Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Lembah Klang. “Dijual dengan dua perisa, Asli dan Anggur Hitam, ia bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia malah pelancong asing. Tetapi, kekangan dihadapi adalah mendapatkan produk di negara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tidak menggunakan sebarang bahan peluntur dan haba menjadikan ketahanan jangka hayat produk itu mencecah sehingga tiga tahun. Katanya lagi, Eropah menjadi negara pertama yang akan ditembusi dalam masa tiga tahun akan datang memandangkan masyarakat di sana mengetahui khasiat produk ini. “Walaupun tidak dikenali ramai, tetapi kami berhasrat setiap rumah mempunyai produk ini dalam tempoh lima tahun berikutan ia mempunyai pelbagai khasiat,” katanya.








 Petikan dari sinar harian:- http://www.sinarharian.com.my/bisnes/odc-sasar-tingkat-pengeluaran-1.39316