ODC Deluxe merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera. ODC memulakan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang mengedar produk minyak kelapa dara dibawah jenama OASIS, the nature secrets secara kecil-kecilan. Kemudian, selepas beberapa bulan, ODC telah ditawarkan oleh Belia 4B Malaysia untuk bergabung bagi melatih golongan usahawan belia dibawah satu pembangunan usahawan. Bertitik tolak daripada itu, selang beberapa bulan kemudian iaitu 3 April 2012, syarikat ODC Deluxe telah dipilih menjadi syarikat mentor di bawah Program Usahawan Mentor Mentee Rakan4Biz, Belia 4B Malaysia. Program ini merupakan program yang mendapat sokongan penuh dari Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Oleh itu, ODC telah mengembangkan sayap perniagaan berteraskan pelbagai modul yang menarik belia untuk menyertai Program Usahawan Mentor Mentee selain dari terus mengedarkan produk utama syarikat iaitu OASIS kerana permintaan yang memberansangkan. Paling mendapat perhatian adalah modul-modul bimbingan keusahawanan, penganjuran pelbagai aktiviti belia serta turut menyediakan platform untuk belia membina jaringan korporat usahawan.