-->

KENAPA KITA PERLU MENJADI KAYA??



Sebelum saya kongsikan sebabnya, saya suka kategorikan orang yang memiliki kekayaan melalui 3 cara;


1) Warisan keluarga.
2) Nasib.
3) Usaha diri sendiri.




Golongan (1) dan (2) akan berasa takut kehilangan harta kekayaan yang dimilikinya kerana mereka tiada ILMU dan PENGALAMAN untuk mencipta kembali kekayaan itu. Berbeza dengan golongan (3), mereka tidak takut kerana mereka memiliki Ilmu dan pengalaman. Donald Trump pernah BERHUTANG BILLIONS USD dan ratusan bank mahu menyamannya ketika zaman kejatuhannya. Tapi hari ni beliau kembali bangkit dan mencipta nama di dunia. Hebat bukan? Ramai billionaire di dunia ini tapi sayangnya berapa ramai antaranya adalah ISLAM?

Kenapa kita perlu jadi KAYA? Kita jadi kaya bukan untuk diri kita sahaja. Kita ada tanggungjawab kepada saudara Islam kita yang lain. Untuk mencapai ULTIMATE GOAL kita iaitu Syurga Allah haruslah menjaga 2 hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Takkan kita mahu lihat saja saudara Islam kita susah. Bisnes ini Sunnah Rasulullah. 6 drpd sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga adalah ahli perniagaan. 

Bila kita kaya maksudnya kaya yang beriman. Banyak perkara kita boleh buat. Sedekah, zakat, waqaf, tolong pelajar miskin yg nak masuk universiti, bina masjid, anak2 yatim dan banyak lagi. Duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit. Kita Fokus kpd ruang lingkup kecil. Nak tunaikan umrah/haji pun nak kena ada duit. Berapa banyak kita sedekahkan di Masjid. Berapa banyak kita sedekahkan untuk saudara kita di Gaza. Tepuk dada tanya iman diri sendiri.

Berapa banyak kes jenayah, penceraian dan murtad yang berlaku adalah berpunca daripada kesempitan hidup dan masalah kewangan. Cuba kita lihat, penerima BR1M 3.0 berjumlah 7.9 juta orang. Ramai kan. Bangsa mana yang tinggal di rumah2 flat atau apartment? Bangsa mana ramai yang menganggur? Bangsa mana yang jauh ketinggalan dalam banyak perkara? Bangsa mana yang banyak terlibat dlm kes2 jenayah?

                                                         

Kita mesti berfikiran positif dan terbuka.. Bila kita kaya..kita mesti bersyukur dan menyumbang sebanyak yang mungkin. Bila kita kaya, kita boleh bantu saudara Islam yang lain dengan menyediakan peluang pekerjaan dengan bisnes yang kita wujudkan. Tangan di atas lebih baik daripda tangan yang dibawah. Kita mesti ingat bahawa apabila matinya anak Adam, 3 perkara yang akan dibawa bersama2 iaitu doa anak yg soleh/solehah, ilmu yang bermanafaat dan amal jariah.. jom audit diri kita. Layakkah kita masuk ke syurga Allah. So, kita mesti ubah mindset kita, buka minda kita.. fikir masak2 kenapa Islam menggalakkan kita kaya dan berjaya. Bila ramai org Islam kaya raya, maka banyaklah zakat boleh dikeluarkan. Kita tentukan kita nak jadi yang mana satu.



                                                                           - Apprentice Azizi-